Friday, July 10, 2009

Suara Rakyat Disahut: PPSMI Dimansuhkan!!!


8hb jun 2009, pukul 1.30 petang, saya membuka laman web malaysiakini dan membaca tajuk besar edisi bahasa melayu “mungkinkah ppsmi dimansuhkan?”. Isinya menyatakan satu jam lagi timb perdana menteri akan mengumumkan keputusan kabinet sama ada meneruskan ppsmi atau sebaliknya. Saya tertunggu-tunggu keputusan tersebut dan beberapa kali reload malaysiakini bagi melihat update terbaru. Sehingga 3 petang, masih belum ada khabar berita sehinggalah seorang sahabat datang dan memberitahu dpm baru sahaja selesai mengadakan sidang media mengumumkan pemansuhan berperingkat ppsmi sehingga 2012.

Melihatkan reaksi sahabat-sahabat lain yang tidak berapa kisah sama ada dasar ini diteruskan atau tidak sebenarnya langsung tidak memeranjatkan. Tetapi saya masih berpegang dengan keputusan kajian pakar-pakar akademik yang merumuskan ppsmi meningkatkan penguasaan bi sebanyak 4% sahaja (tujuan ppsmi dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan bi dalam kalangan pelajar) tetapi membunuh minat pelajar untuk meminati subjek sains dan matematik. Dan dasar ini merugikan 75% pelajar terutamanya luar Bandar yang berada dalam kategori sederhana dan lemah.

Diumumkan juga beberapa fakta yang sebelum ini gelap dan sengaja digelapkan iaitu guru-guru hanya menggunakan 50-58% sahaja masa yang mereka ini mengajar dalam bi. Selebihnya dalam bahasa ibunda atau rojak. Juga dijelaskan jurang keputusan peperiksaan antara pelajar Bandar dan luar Bandar dalam kedua-dua subjek ini semakin melebar sejak dasar ini dilaksanakan sejak 6 tahun yang lalu.

Itu belum lagi kita lihat dalam media alternative yang mana disiarkan luahan rasa guru yang menceritakan kesukaran melaksanakan dasar ini. Salah satunya saya terbaca dalam akhbar alternatif tentang kisah seorang guru dari rawang.Luahan sebegini tidak pernah disiarkan dalam media arus perdana. Apa yang disiarkan ialah keputusan peperiksaan awam yang senantiasa meningkat saban tahun dan seterusnya dibuat kesimpulan bahawa dasar ini mencapai kejayaan.

Apa yang menarik sebelum kerajaan memutuskan untuk memansuhkan dasar ini ialah kerajaan berjumpa dengan dato seri dr Mahathir untuk memberikan taklimat kepadanya tentang hasil kajian dan kelemahan dasar ini. Dan setakat ini respon dr Mahathir begitu negative sekali terhadap pemansuhan ini. Beliau melenting dan menyatakan majority berada di belakangnya. Sekarang beliau sedang membuat pungutan suara dalam blognya dan menyatakan beliau akan menyerahkan hasil pungutan suara ini kepada kerajaan.

Satu lagi persoalan ialah kerajaan mengambil masa 3 tahun untuk memansuhkan dasar ini sepenuhnya sedangkan dahulu kerajaan melaksanakan dasar ini 6 bulan sahaja tanpa sebarang kajian yang dilakukan.hemm..namun demikian, kita menghargai pemansuhan ini dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan terutamanya tpm, tan sri muhyiddin yang menyatakan apakah maknanya pemansuhan ini untuk mendapat kepentingan politik di manik urai berbanding dengan masa depan anak-anak kita..syabas tpm!!!

2 comments:

k u f a i z on July 10, 2009 at 6:18 PM said...

syabas2... takbir

ana YG MEMBACA said...

salam.. nak komen sikit.. sejauhh manakah janji-janji pemansuhan ini akan terlaksana sedangkan masa yang diambil untuk memansuhkannye juga mengambil masa dalam mungkin 3 atau 4 tahun lagi.. dalam tempoh ni byk lagi pilihanraya akan diadakan dan byk lagi agenda yg tak tentu lagi terjadi.. jadi doakan lah bersama agar hak2 penduduk kawasan terpencil terjaga..wallahua'lam