Sunday, June 14, 2009

Apa Yang Ada Di Luar Kampus Uia Pj???


Melihatkan keadaan geografi dan lokasi cfs iium pj, sebenarnya akan kita dapati bahawa kampus iium pj sangat strategik kerana di sekelilingnya terdapat tempat-tempat dan laluan istimewa yang menyebabkannya cukup istimewa bagi mereka yang “berjalan, melihat dan berfikir”. Untuk kali ini, saya akan membuat pendedahan eksklusif mengenai keistimewaan uia pj dari segi keadaan dan faktor luaran. Insya Allah sekiranya mempunyai kesempatan, saya akan mengulas keistimewaan lokasi dan bangunan-bangunan dalam kawasan uia pj itu sendiri.

Betul-betul di sebelah uia pj, sekadar dipisahkan oleh jalan kecil dua hala dan dua lorong setiap hala, terletaknya tarikan yang cukup besar kepada kira-kira 4000 pelajar (bukan angka tepat) di sini ialah pasar malam yang dijadualkan setiap petang dan malam selasa. Pasar malam yang mengunjur dari jalan besar dan masuk sehinggalah hampir dengan deretan bangunan kedai.

Antara gerai yang cukup menarik perhatian ialah gerai ayam bakar yang sentiasa melimpah ruahkan asap-asap berbau menyelerakan bagi menarik pelanggan, gerai buah-buahan yang penjualnya terdiri daripada abang-abang yang bersuara kuat dan melaungkan harga dan jenis buah yang dijual. Gerai menjual bahan makanan mentah terpakai dan gerai kunci menggunakan cara yang menarik dengan merekodkan suara mereka dan mengalunkannya berulang-ulang. Saya percaya semua pelajar uia pj pasti mengingati irama “kunci-kunci, bikin kunci, soci-soci, youto soci”. Begitulah lebih kurang bunyinya.

Kira-kira satu kilometer dari kampus, terletaknya apa yang dipanggi “fourtheen”. Saya pun tidak tahu betul ataupun tidak nama tersebut. Sangat istimewa apabila terdapatnya digital mall yang ramai students pj berkata lagi elok pergi digital mall berbanding low yat kerana apa yang ada di low yat turut dapat ditemui di digital mall. Laptop, henset, kamera dan berbagai-bagai alatan elektronik dijual di sini.
Di sini juga ada pasaraya, kedai roti, seven eleven, kedai mamak, mcdonalds, kfc, berbagai jenis bank, workshop kereta dan motor dan masjid bulat. Boleh dikatakan di sini bolehlah kalau nak beli apa-apapun. Tak perlu nak keluar kl.

Betul-betul bertentangan dengan pasar malam, terletaknya jaya one. Saya tidak tahu nak mengklasifikasikan apakah jenisnya jaya one ini. Ada beberapa blok dan tersusun dalam bentuk hampir bulat. Reka bentuknya agak eksklusif dan terdapat pokok palm yang menghisainya. Dahulu, hanya sedikit saha jedai yang dibuka di sini dan pelanggannya tidaklah ramai sangat. Tetapi, saban hari, makin banyak kedai yang dibuka dan bilangan pelanggan bertambah ramai.

Tarikan utama di sini tentunya cold storage yang menempatkan berbagai-bagai jenis makanan di sini. Macam pasaray besar jugak tetapi sayangnya kedudukannya di bahagian belakang jaya one. Tidak ramai yang menyedarinya. Saya pun baru sedar apabila kawan saya yang menjual sosej memberitahu saya beliau mendapat bekalan sosej daripada cold storage.

Fuss………panjang pulak nak menulis semua perkara yang terlintas dalam kepala. Takpelah, sekadar ringkasan, kampus uia pj terletak bersebelahan dengan university Malaya. Dekat dengan federal highway yang menuju ke kl dan shah alam. Dekat juga dengan bukit kiara dan berdekatan dengan highway yang tidak saya ketahui namanya. Tetapi yang pasti, kita boleh pergi ke kl, masjid wilayah, ipoh dan berbagai jenis jalan yang berbelit-belit. Kalau lalu pun sekadar ikut papan tanda sahaja dan sampailah ke destinasi yang hendak dituju.

Ok, selesailah tulisan saya kali ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua…insya Allah.

4 comments:

M Syakirah on June 16, 2009 at 2:14 PM said...

salam...bukan fourtheen...seksyen 14...:)

Anonymous said...

salam muntaqim..meji ni, hehe...nk cmmnt gk.. btol2, bkn fourtheen..seksyen 14 tp nk senang org pnggil laa fourteen, bgtu lah asal usul seksyen 14 dmana Pasraya Jaya nya dh runtuh, hehe

cik beLLanan on June 22, 2009 at 1:17 AM said...

rindu pj!
huhu~

tinidewi on July 5, 2009 at 1:44 PM said...

salam,
akak duduk area section 14 nih. lokasi memang menarik, tapi sayangnya betapa kurangnya melayu (kalau ada pon penduduk asal yang dah baya mak2 kita). kiri kanan depan belakang rumah akak ni semua kaum lain. sedangkan akak difahamkan penduduk asal kawasan ni adalah org melayu. but mostly telah menjualkan rumah mereka kepada kaum lain sebab pulangan yg besar. almaklum, harga asal rumah RM7,000 pada 1970-an sekarang dah jadi RM200,000 plus plus plus. no doubt this is a good location, sebab itu harga propertynya mahal :-)