Friday, June 26, 2009

Sekilas Pandang: Duniaku....


Hari ini kita sama-sama menerima berita kematian Michael Jackson. Alhamdulillah kematian ini berlaku beberapa bulan setelah dia memeluk Islam. Dan dia meninggal dalam keadaan muslim. Urusan hidup yang lain terserah kepada Allah untuk memberikan ketentuanNya. Moga-moga Allah memberikan keampunan dan rahmat kepadanya.

Minggu ini juga ketiga-tiga pemimpin tertinggi pakatan rakyat membuat pengisytiharan untuk menolak kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama sanggup berdialog dan berbincang dengan pemimpin kerajaan berkenaan hal-hal ekonomi, kehakiman dan sebagainya. Dengan ini, tamatlah isu kerajaan perpaduan yang hamper-hampir menghancurkan pakatan rakyat sebagai alternative kepada barisan nasional.

Selaras dengan itu TG nik abdul aziz nik mat dalam sidang medianya turut menarik balik kenyataan supaya timb presiden pas, ust nasharuddin mat isa keluar dari pas dan menyertai umno. Ust nasha turut hadir dalam sidang media tersebut dan selepas itu kedua-duanya bersalam dengan ust nasha mencium tangan TG nik abdul aziz. Dengan ini berakhir juga pertelingkahan dua pimpinan tertinggi pas tersebut.

Negara kita turut berdepan dengan krisis penularan H1NI atau lebih popular dengan panggilan selsema babi. Setakat semalam, sudah 91 kes dilaporkan dan tiga sekolah telah ditutup. Dan salah satu sekolah tersebut terletak dalam kawasan petaling jaya ini. Berdekatan dengan kampus uia pj. Dan penularan virus ini sangat cepat dan saya kira keadaan sekarang mungkin lebih teruk berbanding ketika wabak JE melanda negara suatu ketika dulu.

Pemilihan presiden iran telah menyaksikan mahmoud ahmadinejad berjaya mempertahankan jawatannya dengan majority undi yang cukup besar melebihi 60 peratus berbanding Mir Hossein Mousavi yang sekadar mendapat undi lebih kurang 33 peratus. Walaubagaimanapun, calon presiden yang kalah mempertikaikan keputusan pilihan raya yang disifatkannya penuh dengan penipuan dan setakat semalam sudah 20 orang maut dan beratus-ratus cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.

Selatan Thailand terus bergolak dengan insiden terbaru penembakan mati 11 orang jemaah semasa solat isya’ di masjid Al-Furqan oleh 6 orang penyerang melalui 2 pintu. Bahkan mereka masih tidak berpuas hati lalu masuk ke dalam masjid dan melepaskan beberapa das tembakan lagi bagi memastikan mangsa benar-benar mati. Jumlah korban sejak tercetusnya konflik ini pada 2004 kini mencecah lebih 3700 orang.

Piala konfederasi pula memasuki kemuncaknya dengan USA dan brazil akan berentap dalam perlawanan akhir dalam kejohanan yang dianjurkan di afrika selatan. Kejutan terbesar berlaku apabila pasukan bukan pilihan, USA menundukkan juara eropah, sepanyol dengan 2-0 dan menamatkan rekod 15 kemenangan berturut-turut pasukan matador itu.

Cfs iium pj pula minggu ini menyaksikan banyak agm society dan club yang dianjurkan. Dan line-up foundation students coordination council (FSCC) telahpun diketahui. Tahniah dan takziah kepada adib farhan dan mohd hamidi zamri yang mengetuai fscc masing-masing di pj dan nilai. Tahniah dan takziah juga kepada rakan-rakan yang mengetuai society dan club. Ingatlah ini adalah amanah dan bukannya kemasyhuran. Laksanakanlah sebaiknya.

3 comments:

Nadhirah Ahmad on June 26, 2009 at 1:03 PM said...

xtrau plop al MJ mnggl

Rerama Ungu on June 26, 2009 at 2:36 PM said...

Betul ke Micheal Jackson peluk Islam? Hari tu tengok berita di TV3...berita menyatakan bahawa video2 yang diedar di youtube itu adalah palsu...gambar2 yang menunjukkan dia memakai serban itu bukan menunjukkan dia memeluk Islam sebenarnya...Tetapi tidak tahulah kalau-kalau selepas berita itu dia memeluk Islam

Rerama Ungu on June 26, 2009 at 11:51 PM said...

Betullah MJ dah kembali kepada Islam...kelua TV3 tadi...mungkin selepas berita tersebut,arwah kembali kepada Islam...d'_'b