Friday, June 12, 2009

Menanti Sinar Gagasan Kerajaan Perpaduan


Isu kerajaan perpaduan meletup kembali setelah presiden pas, dato’ seri tuan guru haji abdul hadi awang, yang sebelum ini telah menarik kembali cadangan ini kerana tidak dapat diterima oleh ramai pihak termasuklah pimpinan pas itu sendiri, terus mengutarakan gagasan ini kerana seperti yang dinyatakannya untuk membolehkan semua parti politik bersatu bagi menangani keadaan semasa terutamanya krisis ekonomi yang melanda dunia. Walaupun berkali-kali dinyatakan “pas tidak akan menyertai umno/bn”, namun gagasan ini masih belum dapat diterima walaupun yang mengagaskannya ialah presiden kepada pertubuhan tersebut.

Untuk rekod, kerajaan perpaduan bukanlah pas/pr bersama-sama dengan umno/bn selamanya, tetapi sekadar untuk menghadapi suasana yang cukup genting sekarang, dan selepas ini, bila tibanya pilihan raya umum ke-13, mereka akan kembali membunyikan “gendang perang” mereka untuk dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan.

Terlalu banyak politicking yang berlaku sekarang sehinggakan rakyat berasa muak dan ini bukan tujuannya mereka memilih seramai 83 orang ahli parlimen pembangkang di parlimen. Mereka ingin melihat proses “check and balance” berlaku dan bukannya berlakunya hentam-menghentam, maki-memaki dan menculik wakil rakyat untuk mewujudkan kerajaan melalui pintu belakang.

Tidak kira pr atau bn yang nak mewujudkan kerajaan hasil daripada lompat parti, perlu diingat, perbuatan tersebut adalah sangat keji kerana mengkhianati kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Dalam hal ini, anwar Ibrahim cukup hipokrit kerana hendak melakukan agenda “16 september” tetapi apabila kerajaan perak dirampas dengan cara yang beliau sendiri rancangkan untuk menjatuhkan kerajaan di peringkat pusat, beliau melenting dan menuduh bn pengkhianat. Pada saya, kes yang berlaku di perak mungkin kaffarah daripada Allah dan tempiasnya turut mengenai pas yang bersama dalam pakatan dengan pkr.

Ahli politik sepatutnya berjiwa besar dan perlu ingat bahawa gaji mereka dibayar dengan duit rakyat dan kurniaan Allah. Maka khidmat mereka hendaklah terhadap rakyat dan kerana Allah.

Saya cukup tertarik dengan ucapan ustaz nasharuddin mat isa, timbalan presiden pas sewaktu merasmikan muktamar dewan pemuda pas baru-baru ini yang menyatakan pas dipandu dengan Al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya memandu pas untuk “tahu bila untuk berperang dan bila untuk berdamai”. Ucapan yang cukup bernas daripada beliau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul ‘am dan majlis syura ulama’ berperanan untuk melihat sama ada sesuatu keputusan yang dibuat oleh pas bertentangan dengan syara’ ataupun tidak. Tetapi tugas mursyidul ‘am dan majlis syura ulama’ bukan untuk melihat kemaslahatan dan strategi politik. Kemaslahatan dan strategi politik di bawah tanggungjawab presiden. Selagi tidak bertentangan dengan syara’ dan perkara tersebut berkaitan dengan strategi, serahkanlah kepada ahlinya dan kita percaya, sebagai orang yang terlibat di peringkat nasional, keluar masuk parlimen, menghadiri perjumpaan dengan pimpinan gerakan seluruh dunia, presiden cukup berpengalaman dalam hal ini.

Sekiranya Allahyarham Dato’ Onn Jaafar yang keluar umno kerana cadangan untuk membuka keahlian umno kepada bukan melayu ditolak oleh ahlinya sendiri itu masih hidup, mungkin dia akan berkata “nasib haji hadi sebijik macam aku”.

2 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed on June 13, 2009 at 1:20 AM said...

hem, :) betul ke begitu hierarkinya dalam kepimpinan?

Jangan terpengaruh dengan propaganda siput babi dan berita-berita hairan lagi meloyakan. Tambah-tambah pulak sekarang rangkaian media buat-buat 'bersinar' ni banyak guna perang saraf halus untuk hancurkan perpduan ISLAM secara senyap dan penuh helah media

Mohd Nuruddin Mohamed on June 13, 2009 at 1:22 AM said...

anak didik INggeris memang macam ni, akan lawan ISLAM lebih hebat dari inggeris lawan Islam lagi, lebih halus dan lebih bahaya lagi. Jaga-jaga siput babi...hehe :)