Wednesday, October 6, 2010

Mengejar Sesuatu Yang Bukannya Matlamat




Assalamualaikum WBT

Tempoh exam final yang makin hari makin dekat menyebabkan semua student medic 1st year study giler2. Ntah kenapa. Mungkin 1st time exam final menjadikan semua orang begitu cuak. Perasaan cuak itu agak bagus kerana menyebabkan semua orang akan study bersungguh-sungguh tetapi ada juga yang terlebih cuak sehingga stress.

Kalaupun semua masa digunakan untuk study pun tak boleh jugak sebab kepala akan jadi pening. Jadi saya ambik sedikit masa untuk release sambil mengupdate blog…

Ramai manusia yang tersilap dalam menentukan haluan hidup sehinggakan perkara yang sepatutnya hanyalah dijadikan wasilah (jalan) telah dijadikan sebagai matlamat sehinggakan melupakan matlamat yang sebenar. Matlamat yang sebenar telah dikaburi oleh perkara yang sepatutnya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut iaitu mardhatillah.

Contoh yang paling dekat ialah study. Bilamana pemfokusan terlalu diberikan kepada mengejar pointer dan keputusan yang baik tanpa ada pemikiran bahawa aku ingin menjadikan pelajaran yang aku ikuti ini sebagai asbab (sebab) kepada keredhaan Allah kepadaku. Apa yang ada hanyalah study, lecture, assignment, exam, pointer. Tidak salah bersungguh-sungguh kearah itu tetapi hendaklah diakhiri matlamatnya dengan Allah. Bukannya dengan result exam.

Lalu tiadalah dihubungkaitkan study tersebut dengan tawakkal kepada Allah. Solat hajat dan doa hanyalah pada malam exam. Seolah-olah kita bermain-main dengan Allah. Tidakkah kita semua mengetahui bahawa Allah lah yang memberikan ilmu kepada kita. Maka mengapa diingati Allah hanya ketika nak exam???

Demikian pula halnya dengan kerjaya. Diakhiri kerjaya itu dengan kehidupan yang mewah dan gaji yang lumayan tanpa dihubungkaitkan dengan penggunaan harta itu ke jalan Allah. Lalu hiduplah menusia bermewah-mewah yang melampau sehinggakan menebal perasaan cintakan dunia dan takut mati.

Begitu juga dengan bercinta dengan manusia. Sepatutnya bukannya mengejar cinta manusia itu yang dijadikan matlamat. Tetapi hendaklah diakhirkan pencarian cinta manusia itu untuk mendapat keredhaan Allah melalui niat untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat dan menyempurnakan separuh daripada agama.

Maka janganlah tersasar daripada matlamat sebenar. Biarlah apa-apapun yang dilakukan pengakhirannya adalah Allah SWT. Wallahua’lam.

1 comments:

Sorrow on October 16, 2010 at 3:25 PM said...

Ramai manusia yang tersilap dalam menentukan haluan hidup sehinggakan perkara yang sepatutnya hanyalah dijadikan wasilah (jalan) telah dijadikan sebagai matlamat sehinggakan melupakan matlamat yang sebenar. Matlamat yang sebenar telah dikaburi oleh perkara yang sepatutnya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut iaitu mardhatillah


I can't exempt myself but to agree with this...Seeing zenith 14th preparing for their exams really sickens me. May Allah guides us.Waffaqakallah...